Tuesday, July 9, 2024

Video Seksi Kembali Tular, Ibu Aisyah Aziz Bengang


Ibu kepada penyanyi Aisyah Aziz, Siti Hafiza begang apabila sebuah video lama yang memaparkan anaknya, Aisyah Aziz yang membuat persembahan di sebuah acara telah dipaparkan semula.

Menerusi satu hantaran di Instagram, Siti Hafiza menyatakan tindakan itu seperti mahu mengundang kecaman orang ramai kepada Aisyah Aziz kerana berpakaian yang tidak menutup aurat.

"Masya-ALLAH, Alhamdulilah kami ucapkan atas posting ini untuk mengundang kutukan dan cacian. Ingatlah ALLAH ada jika nawaitu (niat) hanya untuk mengaibkan dan cara ini membuat anda bahagia,tersukanlah,"ujarnya.


Siti Hafiza juga menyentuh soal Padang Mahsyar di mana hari manusia dihimpunkan untuk mendapat pembalasan terhadap segala amalan di dunia.

"Ingatlah kami di padang mahsyar nanti ya,"katanya.

Aisyah Aziz terkenal dengan lagunya seperti Entah Bila, Indah Pada Waktunya, Senyum Saya dan lain-lain.

Sebelum ini, tular sebuah akaun media yang media yang memuat naik semula video lama memaparkan Aisyah sedang menyanyikan lagu berjudul Pujaanku bersama kumpulan Masdo sewaktu penyanyi itu masih belum menutup auat sepenuhnya.

Di dalam video tersebut juga terlihat Aisyah Aziz iaitu adik perempuan Aliff Aziz memakai baju yang sedikit singkat sehingga menampakkan pusatnya. 


 

No comments:

Post a Comment

Aespa's Ningning Sits Out K-Wave Concert Due To Health

  aespa’s Ningning unexpectedly sat out yesterday’s “K-Wave Concert Inkigayo” due to health concerns. On June 2, SM Entertainment announced ...