Wednesday, July 10, 2024

Tun Mahathir Genap 99 Tahun Hari Ini

 


SHAH ALAM - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menyambut hari lahir yang ke-99 hari ini.

Dr Mahathir dilahirkan pada 10 Julai 1925 (tarikh kelahiran rasminya direkodkan pada 20 Disember 1925) di Kampung Seberang Perak, Alor Setar, Kedah.

Isterinya pula iaitu Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali akan menyambut hari lahir ke-98 tahun pada 12 Julai ini.

Pasangan ini mempunyai tujuh anak bernama Marina, Mirzan, Melinda, Mokhzani, Mukhriz, Maizura dan Mazhar.

Dr Mahathir antara Bekas Perdana Menteri yang dihormati dan disanjungi ramai kerana sikap kepimpinannya dan sentiasa menjaga rakyat sewaktu pemerintahannya.

Beliau juga pernah berkhidmat sebagai Perdana Menteri sebanyak dua kali iaitu Perdana Menteri Malaysia ke-4 (1981-2003) dan ke-7 (2018-2020).




No comments:

Post a Comment

Aespa's Ningning Sits Out K-Wave Concert Due To Health

  aespa’s Ningning unexpectedly sat out yesterday’s “K-Wave Concert Inkigayo” due to health concerns. On June 2, SM Entertainment announced ...