Thursday, May 2, 2024

David Teo dapat tahu disihir ahli keluarga sendiri, berjumpa dengan ustaz

 

KUALA LUMPUR: David Teo mendakwa hampir diragut nyawanya akibat terkena penyakit misteri disihir oleh ahli keluarga terdekat.

Penerbit terkenal Malaysia iaitu David Teo selaku Pengarah Urusan Metrowealth International Group (MIG) telah mendedahkan kepada media bahawa beliau telah disihir hingga hampir meragut nyawanya. 

David Teo berkata kejadiann tersebut berlaku selepas beliau menghadiri majlis pengebumian mendiang bapanya di Segamat, Johor, enam tahun lalu. 

"Dua minggu selepas balik dari Segamat, saya mula tak dapat tidur dan pening kepala. Setiap hari menjelang senja, bacaan tekanan darah tinggi saya naik.

"Bermula jam 12 tengah malam hingga pagi, bacaan tekanan darah saya amat tinggi hingga boleh menyebabkan saya kena strok. Pada awalnya saya anggap itu normal kerana saya pun dah berusia. 

"Bagaimanapun, selepas berjumpa doktor dan membuat pemeriksaan, doktor sahkan saya bebas dari penyakit darah tinggi."

Selepas kejadian tersebut,  beliau berjumpa dengan seorang ustaz dan mendapatkan rawatan untuk menghapuskan sihir tersebut.



2 comments:

Aespa's Ningning Sits Out K-Wave Concert Due To Health

  aespa’s Ningning unexpectedly sat out yesterday’s “K-Wave Concert Inkigayo” due to health concerns. On June 2, SM Entertainment announced ...