Monday, July 1, 2024

"Saya dan Aedy kawan dah tak rapat macam dulu" kata Amelia Henderson menerusi satu 'live' video di akaun sosial medianya



 Pelakon dan pengacara Amelia Henderson mendedahkan bahawa hubungannya dengan seorang aktor Aedy Ashraf tidak lagi akrab seperti sebelum ini. 


Menurut Amelia ataupun Amelia Thripura Henderson, 28, mereka berdua agak jarang berjumpa kerana sibuk dengan jadual pekerjaan masing-masig, maka kerana kekangan masa ia telah menjadikan hubungan mereka renggang dan jarang berhubung. 

"Saya tidak tahu macam mana untuk jawab soalan ini tapi saya dan juga Aedy hanya berkawan dan tidak mempunyai hubungan rapat seperti dahulu"


"Mungkin kerana pada waktu sekarang kami tidak sesuai bersama kerana sebab-sebab tertentu dan saya pun tak mahu panjangkan isu ini" katanya. 

Amelia berkongsi perkara itu menerusi sesi siaran langsung yang dilakukan di instagramnya untuk menjawab pertanyaan dari peminatnya. 

Selain itu, Amelia dan Aedy juga tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan tentang hubungan mereka pada khalayak umum.  

"Sebenarnya situasi ini (renggang) sudah lama berlaku cuma kami tidak mengeluarkan sebarang kenyataan kerana masih menghormati satu sama lain"

Pada Mac 2022, tular video Aedy melutut dan melamar Amelia untuk menjadi kekasihnya. 

Amelia secara spontan telah menerima lamaran tersebut dan membuatkan Aedy gembira. 

Bagaimana, pada Julai tahun lalu mereka berdua telah memberikan bayangan bahawa hubungan cinta  mereka telah berakhir apabila kedua-duanya memuat naik hantaran yang berbaur kekecewaan masing-masing. 

Dalam pada masa yang sama Aedy juga telah memadam foto bersama Amelia yang berada di akaun instagramnya. 



No comments:

Post a Comment

Aespa's Ningning Sits Out K-Wave Concert Due To Health

  aespa’s Ningning unexpectedly sat out yesterday’s “K-Wave Concert Inkigayo” due to health concerns. On June 2, SM Entertainment announced ...