Tuesday, July 9, 2024

"Tahulah muka aku jahat.." - Ammar Alfian nafi tumbuk kekasih

 


Susulan berita mengenai seorang pelakon lelaki yang didakwa menumbuk wajah kekasihnya, nama Ammar Alfian terpalit kerana dipetik oleh netizen.

Tampil menjawab tuduhan tersebut, Ammar atau Ammar Alfiann Aziz Mohd Zakri, 37, mengatakan bahawa individu yang didakwa adalah bukan dirinya.

"Bukan aku gila," katanya.


Ammar membalas dakwaan netizen. 


Ammar menafikan perkara tersebut dalam ruangan komen di Instagram mStar yang juga melaporkan tentang berita berkenaan.

Ammar juga menganggap tuduhan tersebut sebagai keterlaluan hanya kerana dia sering membawa watak jahat atau antagonis dalam drama atau filem lakonannya.

Ammar juga meminta produser untuk memberikannya watak yang berlainan agak dapat menampakkan wataknya yang lain juga. 

"Tahulah muka aku jahat. Lepas ni produser tolong bagi watak ustaz jugak, aku nak ada babak solat dan menangis dalam masjid,"ujarnya.

Sejak pagi Isnin, berita mengenai seorang pelakon lelaki memukul seorang wanita telah menjadi bualan ramai.

Susulan itu, nama Ammar disebut-sebut sebagai pelakon dimaksudkan daripada beberapa petunjuk yang diberikan antaranya ialah seperti umur dan berbadan sasa. 


No comments:

Post a Comment

Aespa's Ningning Sits Out K-Wave Concert Due To Health

  aespa’s Ningning unexpectedly sat out yesterday’s “K-Wave Concert Inkigayo” due to health concerns. On June 2, SM Entertainment announced ...