Tuesday, July 9, 2024

Seorang pelakon didakwa belasah teman wanita

 



Seorang pelakon lelaki didakwa memukul teman wanitanya di Ara Damansara, Petaling Jaya pada awal pagi semalam.


Sumber dari Harian Metro, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Shahrulnizam Ja'afar@Ismail berkata, pihaknya menerima laporan keganasan itu pada sekitar jam 6 petang, semalam.


Pihak polis mengatakan pada awalnya pelakon berusia 37 tahun itu menghubungi kekasihnya untuk berjumpa kira-kira jam 4 pagi sebelum dipukul oleh aktor tersebut.


Dalam kejadian pada jam 3 pagi itu, mangsa berusia 25 tahun keluar bersama kakaknya sebelum dihubungi suspek yang memarahinya kerana perselisihan faham," katanya.


Setelah tiba, mangsa masuk ke dalam kenderaan yang dipandu teman lelakinya. 


Tiba-tiba teman lelakinya memarahi dan terus menumbuk mata sebelah kiri serta badan mangsa.


Kes itu disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan, juga difahamkan mangsa membuat laporan di Balai Polis Sea Park.

Sumber : Harian Metro - https://www.hmetro.com.my/utama/2024/07/1108979/pelakon-didakwa-belasah-teman-wanita

No comments:

Post a Comment

Aespa's Ningning Sits Out K-Wave Concert Due To Health

  aespa’s Ningning unexpectedly sat out yesterday’s “K-Wave Concert Inkigayo” due to health concerns. On June 2, SM Entertainment announced ...