Tuesday, July 9, 2024

"Sayang, bi"...Penonton teruja lihat tetamu Sepahtu Reunion pandai membawa watak

 

(Sumber dari Youtube Mstar)

Seorang wanita yang dikenali sebagai Markoyah semakin terkenal selepas tular video lakonnya di sebuah rancangan siaran langsung "Sepahtu Reunion" yang dimuat naik di aplikasi TikTok.


Menurut Markoyah atau lebih mesra dipanggil Mak, 67, berkongsi pengalaman bahawa dia tidak menyangka Jep Sepahtu mengambilnya untuk menjadi salah satu pelakon jemputan serta merta  membuatkannya lebih teruja apabila mendapat sambutan hebat dari penonton.


"Selalu tonton Sepahtu Reunion ja tapi tak sangka pula dapat berlakon dengan Jep dan keadaan jadi riuh rendah dan semua terhibur, mak  seronok dapat tengok semua gembira.


"Jep tu orangnya senang nak bekerja dan dia pun anggap saya macam mak sendiri itu yang dia senang nak berlakon bersama.


"Lepas habis berlakon, hampir semua orang jumpa mak untuk bergambar dan cakap mak dah tular di TikTok" ujarnya. 

No comments:

Post a Comment

Aespa's Ningning Sits Out K-Wave Concert Due To Health

  aespa’s Ningning unexpectedly sat out yesterday’s “K-Wave Concert Inkigayo” due to health concerns. On June 2, SM Entertainment announced ...