Monday, July 8, 2024

Sheila Majid Bengang Ada Berita Palsu Mengenai Dirinya Tersebar

 


Penyanyi, Datuk Sheila Majid berasa kesal apabila terdapat berita palsu yang mendakwa dirinya menghidap artritis (penyakit sendi dan tulang).

Terdapat satu syarikat yang tergamak buat cerita palsu itu bertujuan untuk mempromosikan produk kesihatan mereka dan perkara ini dikongsikan di Instagram miliknya.

"Merepek! Ini adalah berita palsu. Jika saya benar menghidap sakit ini, ia telah dilaporkan lima tahun dahulu.
Kenapa tidak jujur dalam menjual barang. Tiada keyakinan sehingga menggunakan nama saya." katanya.

Bukan itu sahaja, penyanyi itu juga berkata yang dia sudah cuba untuk mencari siapakah dalang di sebalik perkara itu tapi tidak jumpa.

"Saya mencari pelaku sejak berita palsu ini tersebar tentang saya menggunakan produk diet untuk kekal langsing. Namun tidak jumpa. Saya tidak jumpa sumbernya."


No comments:

Post a Comment

Aespa's Ningning Sits Out K-Wave Concert Due To Health

  aespa’s Ningning unexpectedly sat out yesterday’s “K-Wave Concert Inkigayo” due to health concerns. On June 2, SM Entertainment announced ...