Monday, July 8, 2024

Hael Husaini Beri Sebab Kenapa Perkataan ‘Celaka’ Digunakan Dalam Lirik Lagu Diam



 Penyanyi Hael Husaini memberikan justifikasi penggunaan perkataan 'celaka' dalam lirik bagi single terbaharunya, Diam.

Hael perkata, sebelum menulis sesebuah lagi, kajian mendalam telah dibuat dan pemilihan perkataan "celaka' adalah disebabkan maknanyawang sebenar dan bukanlah bagi menggambarkan sebarang perkara yang bersifat tidak baik.

"Kalau ikutkan, sebenarnya perkataan celaka disalah gunakan sedikit dalam kehidupan seharian. Sebab celaka membawa maksud malang dan sebab itu dalam laporan dan penulisan berita, kita gunakan kecelakaan apabila mahu menggambar sesuatu tragedi.

"Saya minta maaf kalau perkataan itu agak kasar. Tapi kalau boleh, kita fikir penggunaanya daripada konteks berbeza dan positif.

"Celaka itu bukan perkataan kesat, jadi kita cuba ubah mentaliti itu dengan menggunakan konteks yang betul- iaitu mahu relate malangnya diri ini diperkenalkan dengan seseorang yang tidak harus berada dalam hidup," katanya kepada Gempak

Hael berkata demikian ketika majlis pelancaran album perdananya.

No comments:

Post a Comment

Aespa's Ningning Sits Out K-Wave Concert Due To Health

  aespa’s Ningning unexpectedly sat out yesterday’s “K-Wave Concert Inkigayo” due to health concerns. On June 2, SM Entertainment announced ...