Monday, July 8, 2024

Datuk Seri Aliff Syukri Disaman RM70 Juta Atas Dakwaan Memfitnah

 


Selepas kontroversi lagu raya tak sopan, usahawan terkenal, Datuk Seri Aliff Syukri kembali menjadi tumpuan kerana isu disaman RM70 juta atas dakwaan memfitnah.

Bekas Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan, Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir telah failkan saman terhadap usahawan itu kerana telah mengeluarkan kenyataan berbaur fitnah di media sosial pada 2 Julai 2023.

Abdul Kadir juga meminta ganti rugi yang dinilai mahkamah serta aku janji bertulis tidak akan menyiarkan sebarang fitnah terhadapnya.

Selain itu, bekas menteri itu juga meminta permohonan maaf tanpa syarat disiarkan di akaun media sosial Aliff Syukri selama tujuh hari.

Peguam bela Abdul Kadir berkata bekas menteri itu akan beri keterangan pada perbicaraan kes saman itu.

Peguam yang mewakili usahawan itu juga berkata Aliff Syukri akan kemukakan dua saksi iaitu dia serta isterinya, Datin Seri Nur Shahida Mohd Rashid untuk beri keterangan.

Mahkamah Tinggi telah menetapkan pembicaraan kes saman pada 6 hingga 8 Januari 2026 untuk pengurusan selanjutnya.

No comments:

Post a Comment

Aespa's Ningning Sits Out K-Wave Concert Due To Health

  aespa’s Ningning unexpectedly sat out yesterday’s “K-Wave Concert Inkigayo” due to health concerns. On June 2, SM Entertainment announced ...