Monday, July 8, 2024

Sean Lee akhirnya tamatkan zaman bujang

 



Pelakon dan pengacara Sean Lee baru sahaja berkahwin dengan gadis pilihannya iaitu model Bay Doucet, 26 tahun.


Sean Lee membuatkan kejutan kepada peminat dan wargamaya dengan perkahwinannya yang berlangsung secara tiba-tiba. 


Sean, 30 mendedahkan perkahwinannya menerusi beberapa foto bersama isterinya lengkap berpakaian putih dan dipercayai bahawa gambar itu adalah pada hari perkahwinannya.







Menerusi salah satu foto yang dikongsi di Instagram, terlihat tiga cenderamata yang ditempatkan di atas meja yang juga djpercayai sebagai hadiah kepada tetamu.


Cenderamata kotak berwarna putih tertera perkataan 'Just Married' berserta namanya dan isteri.


Manakala bahagian tepi meja mempunyai kipas tangan yang tertera tarikh 7 Julai 2024 iaitu hari mereka disatukan sebagai suami isteri.


Juga ada kelihatan sebuah botol yang mempunyai tulisan dalam bahasa Thailand.


Di ruangan komen Instagram miliknya, rata-rata pengikutnya mengatakan bahawa mereka terkejut namun masih mengucapkan tahniah dan mendoakan pasangan tersebut sentiasa dalam keadaan bahagia. 


No comments:

Post a Comment

Aespa's Ningning Sits Out K-Wave Concert Due To Health

  aespa’s Ningning unexpectedly sat out yesterday’s “K-Wave Concert Inkigayo” due to health concerns. On June 2, SM Entertainment announced ...