Monday, July 8, 2024

CikB sedih tak ramai bagi duit raya tahun ni



Pada bulan April yang lalu, anak perempuan usahawan terkenal Dato’ Seri Vida yang dikenali sebagai Cik B meluahkan rasa sedih kerana kurang menerima duit raya pada tahun ini.


Menerusi hantaran video di TikTok @cikb_havoc, dia meminta orang ramai supaya berhenti meminta duit raya daripadanya. Cik B juga mengadu dia hanya mendapat duit raya daripada tiga orang sahaja.


"Stop minta Cik B duit raya. Korang tahu tahun ni Cik B dapat duit raya dari tiga orang je… Mak cik dan Pak cik dah tak nak bagi duit raya sebab diorang kata diorang insecure.
Bagi seringgit duit pun Cik B terima.. Bagi sampul pun Cik B terima je.. tapi kenapa takde orang nak bagi duit raya."

Kata Cik B, ramai orang meminta duit raya daripadanya walaupun dia masih muda dan dia tidak pernah berharap untuk mendapat duit raya ratusan ringgit.

Bagaimanapun, Cik B hanya mahu merasai kemeriahan Aidilfitri dengan mendapat sampul duit raya.

No comments:

Post a Comment

Aespa's Ningning Sits Out K-Wave Concert Due To Health

  aespa’s Ningning unexpectedly sat out yesterday’s “K-Wave Concert Inkigayo” due to health concerns. On June 2, SM Entertainment announced ...