Saturday, July 6, 2024

Nora Danish dan Nedim sah bercerai talak satu, 7 tahun perkahwinan sudah berakhir



Pelakon, Nora Danish telah bercerai dengan suaminya iaitu Nedim Nazri secara baik selepas tujuh tahun telah mendirikan rumah tangga. 


Nedim telah melafazkan cerai talak satu di hadapan Hakim Syarie, Abdul Fattah Datuk Kamarudin di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan, Jalan Duta pada Rabu, 19 Jun sekitar jam 8.35 malam.


Manakala Nora pula berharap agar semua pihal dalam mendoakan mereka berdua agar sentiasa dalam keadaan yang baik untuk menjalani proses selapas penceraian. 


Walau bagaimana, Nedim mengunci mulut dan enggan memberi sebarang kenyataan terhadap penceraian mereka. 


Nora atau nama sebenarnya Nora Mohd Danish Hanif memberitahu bahawa rumah tangga  mereka mula mempunyai masalah sejak 29 April yang lalu. 




Pelakon ‘Polis Evo 3’ itu memberitahu bahawa dia sedang berusaha  untuk menangani situasi yang berlaku dengan sebaik mungkin agar tidak memberikan kesan kepada anaknya. 


Sebagai makluman umum, Nora dan Nedim mendirikan rumah tangga pada 30 Mac 2017 dan mereka telah dikurniakan anak lelaki Mohamed Neqayl yang sekarang berusia enam tahun.



No comments:

Post a Comment

Aespa's Ningning Sits Out K-Wave Concert Due To Health

  aespa’s Ningning unexpectedly sat out yesterday’s “K-Wave Concert Inkigayo” due to health concerns. On June 2, SM Entertainment announced ...