Saturday, July 6, 2024

Aliff Aziz menceraikan Bella Astillah dengan talak satu




      KUALA LUMPUR: Pasangan selebriti kontroversi, Aliff Aziz, 33, dan Bella Astillah, 30,
      sah bercerai talak satu di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan,Jalan Duta pada hari khamis 13         Jun sekitar jam 1.10 tengahari. 


      Aliff melafazkan talak di hadapan Hakim Syarie, Wan Mohd Najib Wan Hamat, lafaz itu kemudian        disahkan mengikut hukum syarak oleh Wan Mohd Najib.


     "Bahawa saya menceraikan isteri saya dengan talak satu mulai hari ini," lafaz Aliff.

Bella kelihatan tenang ketika lafaz diucapkan, bersetuju untuk tidak menuntut mutaah dan nafkah iddah.


Sebelum ini Aliff dan Bella pernah bercerai talak satu pada 16 Mei 2019 tetapi telah merujuk semula perkahwinan mereka.


Pada prosiding itu, peguam syarie mewakili Bella, Azmi Mohd Rais berkata, perbincangan dibuat antara mereka berdua termasuk terma yang dipersetujui.


Aliff juga memberikan hak penjagaan anak-anak sepenuhnya kepada Bella.


Pada 11 Mac yang lalu Bella telah memfailkan penceraian daripada suami di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan.


Isu rumah tangga Bella dan Aliff telah menjadi isu hangat sejak Mac lalu apabila Aliff didakwa terlibat dalam kes khalwat bersama pelakon, Ruhainies, 32, di sebuah kondominium mewah pada 9 Mac lalu.


Perkahwinan bermula pada 9 September 2016 dan telah dikurniakan dua cahya mata iaitu Mohamad Ayden Adrean, 7, dan Ara Adreanna, 4.




No comments:

Post a Comment

Aespa's Ningning Sits Out K-Wave Concert Due To Health

  aespa’s Ningning unexpectedly sat out yesterday’s “K-Wave Concert Inkigayo” due to health concerns. On June 2, SM Entertainment announced ...