Monday, July 8, 2024

Hadir Ke Mahkamah Dengan Senyuman Lebar, Jawapan Ruhainies - "Saya Gembira Sebab Nampak..."



Dikritik selepas hadir ke mahkamah dengan senyuman lebar, pelakon Ruhainies menafikan dirinya tidak sensitif dengan isu khalwat malah lebih gembira kerana dapat berjumpa dengan rakan media.


"Tentang kes itu, takkan saya nak menangis pula, saya tak pandai berlakon, tak pandai menangis depan kamera..."


Ujar Ruhainies atau nama sebenarnya Nur Ruhainies Farehah Zainul Ilyas, 32, dia tidak pandai berlakon dan tidak mahir menitiskan air mata di depan kamera.


"Saya nampak rakan-rakan media di sini jadi saya tersenyum gembira sebab kalian sudi datang awal-awal pagi untuk prosiding hari ini"


Dalam pada itu, Ruhainies dan Aliff menafikan mereka datang bersama selepas dilihat jalan bersama-sama menuju ke perkarangan mahkamah.


"Mana ada kami datang bersama, kami datang asing cuma waktu datang mahkamah tersama dan parkir kereta kami berdua berdekatan dengan satu sama lain", ujarnya.


Pada 3 Julai Ruhainies dan Aliff mengaku tidak bersalah di hadapan hakim atas pertuduhan khalwat yang berlaku di sebuah kondominium mewah di ibu negara pada 8 Mac lalu. 







 

No comments:

Post a Comment

Aespa's Ningning Sits Out K-Wave Concert Due To Health

  aespa’s Ningning unexpectedly sat out yesterday’s “K-Wave Concert Inkigayo” due to health concerns. On June 2, SM Entertainment announced ...