Monday, July 8, 2024

Minta semua 'move on' dengan isu yang berlaku, Cupcake Aisyah bersuara tentang isu "Rampas" bekas teman lelaki Leona

 



Seorang Youtuber dan pempegaruh, Cupcake Aisyah atau nama sebenarnya Nur Aisyah Muhammad Razip membuat video dan bersuara tentang perkara yang berlaku antara dirinya dengan pempengaruh serta anak perempuan kepada pelakon Azhar Sulaiman iaitu, Kasih Iris Leona.


Menerusi video terbaharu yang dimuat naik di Youtube, Aisyah menjelaskan perkara yang terjadi sekali lagi dan mengapa dia mengeluarkan kenyataan di Instagram ketika tularnya isu tersebut di media sosial.


"Saya dah memberitahu semua perkara yang berlaku dan semua itu hal sebenar, dan untuk menjelaskan perkara ini sekali lagi saya berjumpa dengan Leona pada hujung tahun 2022 dan meluahkan semua perkara kemudian saya hantar dia pulang.


"Saya sedar saya buat kesilapan tapi saya nak tegaskan bahawa saya tidak merampas sesiapa dari sesiapa dan saya tidak pernah ada hubungan dengan lelaki tersebut, saya harap kita semua boleh 'move on' daripada hal ini".


Menurut Aisyah keluarganya juga terkesan dengan kejadian yang berlaku dan meminta semua 'move on' daripada hal tersebut.


"Perkara itu dah berlaku dua tahun lalu, tapi ia sangat teruk sehingga saya tidak boleh buka sebarang sosial media tanpa melihat nama saya disebut dan dibenci oleh orang ramai yang membuat andaian mereka sendiri.


"Biasanya saya tidak suka untuk menjelaskan isu remeh kerana tak nak isu menjadi lebih besar tapi netizen mula menyerang ahli keluarga saya terutamanya ibu saya, atas sebab itu saya terpaksa tampil mengeluarkan sebuah kenyataan.


"Apa yang saya katakan dalam kenyataan tersebut semua adalah 100 peratus benar.


"Ramai yang tanya kenapa saya tidak bersuara, ini kerana pada saya respons terbaik adalah untuk tidak memberi respon, selagi saya tahu kebenarannya dan saya jujur dengan diri sendiri saya rasa saya tidak perlu memberi justifikasi tentang hal tersebut" ujarnya dalam video tersbut.


Terdahulu, nama Aisyah menjadi topik yang hangat apabila dia didakwa merampas bekas teman lelaki Leona.


Kejadian itu berlaku disebabkan Leona telah memuat naik video di TikTok mendedahlan bahwa rakan baiknya sendiri telah "bercinta' dengan bekas teman lelakinya. 





No comments:

Post a Comment

Aespa's Ningning Sits Out K-Wave Concert Due To Health

  aespa’s Ningning unexpectedly sat out yesterday’s “K-Wave Concert Inkigayo” due to health concerns. On June 2, SM Entertainment announced ...