Monday, July 8, 2024

Achey Marah Pasangan Pilih Konsep "Child Free"

 


Baru-baru ini tular sebuah video di laman sosial melibatkan sepasang suami isteri yang menyatakan bahawa mereka memilih untuk berkahwin tapi tidak mahu mempunyai zuriat telah mendapat pelbagai reaksi daripada wargamaya dan selebriti tempatan.


Salah seorang pelakon dan juga pelawak iaitu Achey mengulas tentang kenyataan suami isteri yang merasakan bahawa anak itu satu beban di dalam rumah tangga.


Marah dengan kenyataan tersbut, Achey mengatakan penyeri dalam kehidupan perkahwinan adalah seorang cahaya mata dan anak juga akan menjadi pewaris keluarga yang akan mendoakan ibu bapanya.


"Mak, nenek moyang awak pun menyesal bila dengar awak keluarkan kenyataan ni. Anak tu penyeri dan pewaris dalam hidup tu dik oi.


"Kerjaya awak tak boleh pun bawak masuk kubur...doa anak yang boleh tembus..yang suami tu pun kalau dekat depan aku jack je ni" kata Achey menerusi Instagram miliknya.


Beri pengaruh negatif


Keputusan untuk mempunyai anak tu pilihan masing-masing namun Achey tidak bersetuju dengan kenyataan yang seakan-akan memberi pengaruh negatif pada orang lain.


"Aku ni kalau bab anak memang tak boleh la banyak lagi nak cakap...tapi itu keputusan mereka.

"Cuma aku tak suka bila kenyataan tu boleh jadi racun kepada pemikiran orang lain lagi-lagi kau rekod dan pamerkan benda tu di sosial media" tegas Achey.


Selebriti lain seperti Caprice juga meluahkan pendapatnya mengenai isu "child free" yang sedang tular di laman sosial.


Caprice menganggap anak-anak adalah pembawa rezeki, dia juga menyedari kehidupannya sudah berubah sepenuhnya apabila dikurniakan cahaya mata.









No comments:

Post a Comment

Aespa's Ningning Sits Out K-Wave Concert Due To Health

  aespa’s Ningning unexpectedly sat out yesterday’s “K-Wave Concert Inkigayo” due to health concerns. On June 2, SM Entertainment announced ...