Monday, July 8, 2024

"Ya betul itu saya" - Mamat Sepah buka mulut selepas direman bersama isteri



Persoalan tentang seorang pelawak ditahan reman oleh polis pada Isnin lalu telah terjawab apabila Mamat Sepah sendiri mengakui dia merupakan inidividu yang telah dispekulasikan itu.


Mamat atau nama sebenarnya Mohd Noor Murad, 39, berkata dia dan isteri iaitu Nordiana Ibrahim akur dengan siasatan yang ingin dijalankan oleh polis dan juga memberikan kerjasama yang baik.

"Ya saya yang telah ditahan reman mengenai kes yang tular baru-baru ini"

"Alhamdulilah keadaan saya baik sahaja lagipun siasatan itu masih berada dalam peringkat awal dan saya memberikan kerjasama penuh kepada pihak polis agar tiada masalah atau isu"

Pada Isnin lalu, Mamat dan isteri ditahan untuk membantu siasatan atas dakwaan penyebaran maklumat dalam berkaitan Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam di aplikasi Telegram.



Isterinya dibebaskan dua hari selepas ditahan manakala pelawak itu pula dibebaskan pada petang Khamis.

Mamat enggan mengulas lanjut berkaitan dakwaan mengaitkan dia dan isterinya tentang penyebaran maklumat itu.

"Saya rasa untuk perkara ini lebih baik penguam saya yang bercakap sebab melibatkan undang-undang"

Sementara itu, peguam mewakili Mamat iaitu Muhammad Fadhli M. Sutris memberitahu kes ini masih dalam siasatan polis.

Maka dengan itu, Fadhli meminta orang ramai untuk tidak membuat andaian sendiri dia media sossial yang boleh menggangu proses siasatan pihak polis dengan anak guamnya.







No comments:

Post a Comment

Aespa's Ningning Sits Out K-Wave Concert Due To Health

  aespa’s Ningning unexpectedly sat out yesterday’s “K-Wave Concert Inkigayo” due to health concerns. On June 2, SM Entertainment announced ...