Monday, July 8, 2024

Sherry Ibrahim berjaya tawan Gunung Kinabalu





Pelakon Sherry Ibrahim berjaya menaiki Gunung Kinabalu pada hari Ahad.


Kata Sherry atau Syarizad Ibrahim, 41, kemunculan pelangi yang indah  muncul apabila dia telah tiba di puncak gunung sebelum matahari terbit sekitar pukul 6 pagi.


Menurut Sherry, menguji ketahanan fizikal serta mental adalah lebih penting apabila ingin melakukan mana-mana pendakian gunung.


"7 Julai 2024, Alhamdulilah syukur Sherry berjaya sampai ke puncak sebelum matahari terbit dan dapat melihat pelangi yang indah selepas hujan"


Sherry berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di Instagram miliknya pada pagi Isnin. 


Sherry juga berkata ini akan menjadi kali pertama dan terakhir bagi dia untuk mendaki gunung tertinggi di Asia Tenggara.


Sherry berkata pendakian yang sukar menyebabkan dia hampir tidak dapat merasa kakinya sendiri pada ketika menuruni gunung tetapi bersyukur kerana dapat menghabiskan pendakiannya.




No comments:

Post a Comment

Aespa's Ningning Sits Out K-Wave Concert Due To Health

  aespa’s Ningning unexpectedly sat out yesterday’s “K-Wave Concert Inkigayo” due to health concerns. On June 2, SM Entertainment announced ...