Sunday, July 7, 2024

Faisal Halim dijangka turun padang tiga minggu lagi



Pemain bola sepak Selangor FC, Faisal Halim dijangka mula turun padang dalam tempoh tiga minggu akan datang.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Selangor FC, Dr Johan Kamal Hamidon, jangkaan itu dibuat berdasarkan perkembangan positif proses pemulihan akibat insiden simbahan asid terhadap Faisal.

Bagaimanapun penyerang prolifik negara itu tidak akan dibenarkan bermain bola, sebaliknya hanya akan menjalani latihan ringan.

“Mungkin dua atau tiga minggu lagi akan mula berada di padang, melakukan latihan ringan, bukan bermain bola.

“Tahap kecergasannya sekarang di bawah dan rendah, seperti pra musim kerana dua bulan tidak bermain bola langsung, tiada aktiviti fizikal,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas mengiringi Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah melawat Kompleks 3k, di Seksyen 13, Subang Jaya, pagi ini.

Johan berkata, pihaknya akan berhati-hati dalam latihan kepada Faizal kerana tidak mahu pemain berkenaan terdedah kepada kecederaan semasa latihan.

Pada 5 Mei lalu negara digemparkan dengan insiden Faisal disimbah asid oleh dua lelaki.

No comments:

Post a Comment

Aespa's Ningning Sits Out K-Wave Concert Due To Health

  aespa’s Ningning unexpectedly sat out yesterday’s “K-Wave Concert Inkigayo” due to health concerns. On June 2, SM Entertainment announced ...