Saturday, July 6, 2024

'Podcast' Amelia Henderson untuk mendidik audiens bukan sembang kosong



Tidak mahu program audio siar sekadar sembang kosong, selebriti Amelia Henderson mahu menerapkan lebih banyak unsur pendidikan dalam Studio Sembang yang dikendalikannya sejak Oktober 2022.

Bintang filem Pulau itu berkata, walaupun program audio siar yang mempunyai lebih 90,000 pelanggan menerusi YouTube itu berasaskan hiburan, matlamat asal penerbitannya adalah untuk berkongsi dan mendidik audiens tentang realiti yang dihadapi anak seni.

"Kita ada beberapa idea yang nak dibuat tetapi saya tak boleh nak kongsikan terlalu banyak dulu, kita juga ada inisiatif untuk memperbanyak unsur pendidikan pada episod akan datang," katanya kepada Bernama.


Pelakon kacukan India-Scotland itu berkata, platform audio siar itu juga diharap menjadi ruang buat rakan selebriti yang selama ini hanya dikenali menerusi watak lakonan, persembahan pentas dan kandungan media sosial berkongsi sisi lain mereka kepada umum.

"Orang di luar sana mungkin nampak dan anggap dunia hiburan ini glamor, tetapi realitinya, ia datang dengan pelbagai cabaran dan kerja keras. Cerita di sebalik tabir ini yang 'mahal' dan susah nak dengar.

"Saya harap penonton dan pendengar dapat sesuatu (inspirasi dan motivasi) secara peribadi serta dapat rasa lebih dekat dengan penonton menerusi cerita mereka yang dekat di hati," katanya yang juga penerbit eksekutif rancangan itu.



No comments:

Post a Comment

Aespa's Ningning Sits Out K-Wave Concert Due To Health

  aespa’s Ningning unexpectedly sat out yesterday’s “K-Wave Concert Inkigayo” due to health concerns. On June 2, SM Entertainment announced ...